Tuesday 12 July 2011

UPAH HAJI RM 1500.

                                            RM 1500
UPAH HAJI  TAHUN 1433H / 2012M.

 
Hukum Badal Haji

Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw

dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”.  Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).



Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).



Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

TANGUNGJAWAB WARIS-WARIS TERHADAP.
1. ARWAH-ARWAH  YANG DIMASA HIDUPNYA TIDAK MENUNAIKAN HAJI
2. ORANG-ORANG YANG TERLALU UZUR ,

 BERAPA BAYARAN URUSAN  UPAH HAJI.
1. RM 3500. DIUPAHKAN KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG BERADA DI MADINAH DAN MAKKAH.

2.RM 2500 . DIUPAHKAN KEPADA PETUGAS HAJI DAN ORANG PATANI YANG TINGGAL DIMAKKAH.

3. RM 1500. DIUPAH KEPADA ORANG INDONISIA YANG BERADA DI MAKKAH. (Untuk pakej ini tiada dakwadakwi diakhirat kelah sekiranya pelaksanaanya tidak mengikut syariat ).

  ANDA BOLEH MEMILIH PAKEJ YANG MANA YANG ANDA KEHENDAKI BERGANTUNGLAH KEPADA ANDA.

KAMI JUGA ADA MENERIMA UNTUK PEMBAYARAN DAM UMRAH ATAU HAJI YANG TERHUTANG.
SEKIRANYA ANDA HENDAK MEWAKAFKAN NASKAH AL-QURAN KEMASJIDIL NABAWI ATAU MASJIDIL HARAM KAMI BOLEH URUSKAN DENGAN BAYARAN RM 50 SENASKAH.

                SOAL JAWAB MENGENAI UPAH HAJI.

BADAL HAJI
Soalan
Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?


Jawapan

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.


Soalan
Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?

Jawapan

Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.


Soalan
Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?

Jawapan

Tidak wajib.


Soalan
Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?

Jawapan

Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan


Soalan
Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?

Jawapan

Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".


Soalan
Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?

Jawapan

Boleh.


Soalan
Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?

Jawapan

Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.


Soalan
Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?

Jawapan

Ya. Boleh.









No comments:

Post a Comment